Selasa, 6 Mei 2014

BELAJAR MEMBACA
Membaca adalah satu proses pembentukan dan pemberian makna melalui interaksi pembaca dengan bahan bacaannya. Proses membaca ini sangat berkait rapat dengan proses penglihatan. Simbol, lambang atau tulisan-tulisan yang dilihat pada satu permukaan akan ditukarkan menjadi persembahan minda yang bermakna.
        Kaedah merupakan prosedur menyeluruh terhadap sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kaedah dibentuk berdasarkan pendekatan yang dipilih dan telah dikenal pasti sesuai dengan tujuan dan objektif sesuatu kemahiran bahasa yang akan diajarkan. Dalam konteks pengajaran membaca, ada tiga kaedah popular yang boleh digunakan iaitu kaedah fonetik, kaedah abjad dan kaedah pandang sebut.   

  • KAEDAH FONETIK
Kaedah fonetik merupakan kaedah asas membaca yang menekankan hubungan antara huruf (simbol) dengan bunyi. Kaedah ini amat sesuai untuk mengajar membaca kepada kanak-kanak yang baru mengenal huruf. Penggunaan kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak peringkat ini, malah menyusahkan kerana lambat untuk menguasainya, mengelirukan dan membebankan memori mereka.

  • Konsep Kaedah Fonetik
Membaca mengikut kaedah fonetik memerlukan seseorang murid itu bersedia lebih awal seperti mengetahui bunyi-bunyi huruf, boleh menyebutnya dengan baik serta dapat mengingatinya dalam tempoh yang lama. Seterusnya mereka perlu kenal huruf berkenaan dari segi bentuk, rupa dan cara menulis huruf tersebut di samping dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang dilafazkan. Penggunaan teknik yang betul membolehkan kanak-kanak mengenal bunyi dan mengaitkannya dengan bentuk huruf yang ditunjukkan kepada mereka dengan cepat dan pantas. Mereka juga dapat menyebut bunyi ‘aa’ apabila melihat huruf ‘a’ dan bunyi ‘ii’ apabila melihat huruf ‘e’.

        Satu lagi teknik mengajar bunyi yang boleh diperkenalkan guru adalah menggunakan asosiasi, iaitu asosiasi bunyi dan asosiasi gambar. Contoh asosiasi bunyi, untuk membunyikan ‘aa’, guru bolehlah mengaitkannya dengan beberapa peristiwa yang berlaku di persekitaran murid-murid seperti terkena makanan panas, iaitu melalui jeritan ‘aaaaaa panasnya’. Manakala asosiasi gambar pula, guru bolehlah menggunakan kad imbasan seperti gambar ayam untuk bunyi ‘aa’, gambar emak untuk bunyi ‘ee’ dan sebagainya. Melalui teknik asosiasi ini murid-murid dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan, cepat dan berkekalan.

       Guru juga tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekali gus tetapi memadai dengan beberapa bunyi asas dahulu. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal, maka wajarlah bunyi-bunyi ‘a’, ‘i’, ‘u’ diperkenalkan terlebih dahulu. Justeru, guru perlu perkenalkan bunyi-bunyi yang senang disebut oleh murid-murid terlebih dahulu berbanding bunyi sukar. 


  • KAEDAH ABJAD
      Kaedah abjad merupakan kaedah asas membaca yang paling tua digunakan oleh manusia untuk mengajar membaca dalam kalangan kanak-kanak. Pengajaran bacaan dimulai dengan pengenalan huruf atau abjad yang diikuti dengan membunyikan huruf-huruf tersebut. Daripada cantuman huruf-huruf, murid-murid akan diperkenalkan pula dengan bunyi-bunyi atau suku kata yang digabungkan menjadi perkataan.Konsep Kaedah Abjad.

     Konsep ini dijalankan dengan memperkenalkan kepada murid-murid 26 huruf, iaitu huruf a hingga z. kemudian diikuti dengan aktiviti memperkenalkan huruf-huruf vocal dan konsonan. Dalam sistem bahasa Melayu huruf-huruf vokal mengeluarkan bunyi setelah bergabung dengan huruf konsonan. Contohnya, ‘ba’, ‘be’, ‘bi’, ‘bo’ dan ‘bu’. Manakala gabungan ‘ai’, ‘au’, dan ‘oi’ pula akan membentuk diftong.
      Semua bunyi tersebut disambung supaya menjadi suku kata, misalnya ba + tu = batu. Kemudian mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca. Kemudian diikuti dengan aktiviti mengeja suku kata dalam perkataan. Seterusnya guru mengaitkan gambar dengan sesuatu huruf, ‘a’ untuk ‘ayam’, ‘b’ untuk ‘baju’, dan seterusnya. Guru juga boleh menyanyi lagu ABC.
     Kajian mendapati, kegagalan seseorang murid untuk mengenal huruf a hingga z mengikut susunan dalam abjad, akan melahirkan generasi murid yang tidak boleh membaca. Justeru, kaedah abjad menekankan murid untuk menghafal a hingga z sebelum mereka boleh diajar kemahiran membaca. 




  • KAEDAH PANDANG DAN SEBUT
     Kaedah ini amat popular dalam pengajaran bacaan Bahasa Inggeris dan telah diperkenalkan sekitar tahun 1648. Kaedah ini melibatkan dua aktiviti, iaitu membunyikan perkataan atau suku kata berdasarkan gambar dan membunyikan ayat berdasarkan gambar yang ada cerita. Tujuannya adalah membiasakan murid untuk mengecam perkataan atau ayat dan tidak mengeja perkataan atau ayat tersebut. Justeru, kaedah ini lebih praktikal kerana tumpuannya adalah kepada perkataan dan ayat yang bermakna.
  • Konsep Kaedah Pandang dan Sebut.
     Menurut kaedah ini, guru-guru perlu menunjukkan gambar terlebih dahulu kemudian murid-murid akan menyebut perkataan dan ayat-ayat pendek yang ditulis pada kad-kad imbasan secara beramai-ramai dengan bimbingan guru. Langkah ini diikuti dengan membaca bahan yang sama daripada buku teks.
      Murid hanya perlu mengecam gambar dan menyebut perkataan berdasarkan gambar berkenaan. Setelah murid-murid menguasai perkataan, barulah diperkenalkan kumpulan huruf yang membentuk perkataan berkenaan. Semasa kad tersebut ditunjukkan kepada murid-murid, mereka akan menyebut perkataan tersebut beberapa kali. 

Isnin, 5 Mei 2014

PENDEKATAN DALAM MENGAJAR MEMBACA

Terdapat banyak pendekatan dalam mengajar membaca yang dapat diterapkan oleh bakal pendidik. Sebagai bakal guru sudah semestinya memandang perkara ini dengan lebih serius kerana dalam mendidik generasi sekarang bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang senang dan tidak susah. Ramai yang beranggapan bahawa mendidik bukanlah perkara yang susah dan senang kerana dalam tanggapan masyarakat sekarang ialah bahan yang digunakan dalam pengajaran telah ditetapkan oleh kementerian pendidikan Malaysia akan tetapi yang menjadikan susah seorang guru itu dapat melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan ialah menjadikan setiap pelajar yang diajar dengan bahan yang betul dapat menerima dan memasukkan dalam minda. Hal inilah yang dikatakan amat susah sekali dalam mendidik generasi sekarang kerana mengajar itu boleh tetapi bilangan yang dapat menerap masuk ke dalam minda masing-masing tidak seimbang dengan bilangan pelajar yang terdapat dalam kelas. Oleh sebab itu, untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya perlu mempunyai pendekatan-pendakatan yang telah digariskan sesuai dengan keadaan semasa. Guru juga perlulah bersedia dari segi mental dan fizikal dalam menghadapi pelbagai masalah kelak.

  1.  Pendekatan membaca asas.        

Antara pendekatan dalam mengajar membaca yang dapat dilihat ialah pendekatan membaca asas. Menurut Yahya Othman (2004) menyatakan bahawa pendekatan membaca asas ini meliputi aktiviti mengajar membaca yang kebiasaannya dilihat menggunakan pelbagai kemahiran antaranya tujuan rekreasi, mencari maklumat, serta bimbingan. Pendekatan asas ini merupakan salah satu pendekatan yang paling penting dan juga ramai dalam kalangan guru yang mengamalkan pendekatan ini. Pendekatan ini memerlukan kesinambungan dan mengulang kaji pelajaran yang sebelumnya yang telah diajar dalam kelas. Pendek kata pelajar haruslah sentiasa mengulang kaji pelajaran dan membuat latihan. Guru-guru juga harus bijak dalam mengajar iaitu dengan penambahan bahan pengajaran, mungkin yang telah dicadangkan itu tidak mencukupi jadi guru-guru dibenarkan menambahkan lagi bahan pengajaran yang bertujuan untuk mendidik pelajar kea rah kecemerlangan. Selain itu, dalam pengajaran dalam kelas guru juga perlu melihat perbendaharaan kata yang utama dalam teks dan kemudian menyenaraikan di papan hitam agar para pelajar dapat melihat dan menyatakan maksud perkataan tersebut, sebelum itu guru harus khatam dalam bahan bacaan tersebut agar senang untuk menerangkan kepada para pelajar nanti. Pendekatan membaca asas ini dapat dilihat terbahagi kepada lima perkara utama iaitu motivasi, persediaan latar belakang, menetapkan tujuan, membaca semula secara senyap atau lisan, dan tindakan balas dan perluasaan. Dalam motivasi ini kita dapat lihat bahawa guru-guru harus menceritakan pengalaman yang menarik kepada pelajar kerana pengalaman itu merupakan guru yang terbaik dan secara tidak langsung pelajar akan dapat menginspirasikan pengalaman tersebut ke dalam pembelajaran. Selain itu dalam motivasi juga guru juga boleh membuat kuiz secara kecil-kecilan dan menyediakan sedikit hadiah juga dapat menarik minat pelajar walaupun sebiji gula-gula sudah memadai. Perkara kedua yang dapat dilihat dalam pendekatan membaca asas ialah persediaan latar belakang iaitu guru terlebih dahulu menyebut perkataan yang sukar dalam bahan bacaan kemudian meminta para pelajar menggunakan perkataan tersebut dalam karangan mahupun perbualan agar para pelajar terbiasa dengan perkataan yang susah. Perkara yang ketiga ialah menetapkan tujuan ialah hasil pembacaan yang diperolehi oleh pelajar. Perkara yang keempat ialah membaca secara senyap atau secara lisan, ini banyak membantu pelajar dalam pemahaman terhadap sesuatu bahan bacaan akan tetapi guru juga perlu bijak mengendalikan kelas mungkin dalam kelas berkenaan yang tidak suka dengan cara yang sebegini jadi guru harus menggunakan pendekatan yang lain. Perkara yang terakhir sekali yang dapat dilihat dalam pendekatan dalam mengajar membaca ialah tindak balas dan perluasan. Sebagai contohnya, tindak balas yang dapat dilihat ialah impress cerita iaitu selepas selesai aktiviti membaca pelajar akan memperolehi isi-isi penting yang terdapat dalam bahan bacaan juga mungkin pelajar memperoleh isi yang kreatif iaitu isi yang berlainan dengan penulis.

2.     Pendekatan pengalaman bahasa


Pelajar-pelajar yang mempunyai linguistic yang berbeza dalam kelas adalah perkara utama dalam pendekatan pengalaman bahasa. Menurut Lewis (1990) pendekatan ini mempunyai kelebihan yang tersendiri iaitu guru dapat melihat penggunaan sintaksis dan struktur ayat apabila menggunakan bahasa lisan, mencipta pengalaman individu atau kumpulan, dan dapat mengembangkan perbendaharaan kata. Pendekatan ini akan melibatkan hubungan antara pemikiran, pertuturan, penulisan, dan membaca. Dalam pendekatan ini juga dapat dilihat guru dapat meransang dan pelajar dapat melahirkan pemikiran secara lisan. Perkara yang difikirkan, diucapkan, dan ditulis sangat bermakna dan menurut Yahya Othman pendekatan ini mempunyai kaedah pengajaran yang tertentu iaitu:
          1) guru perlu berfikir dan harus melahirkan ransangan tulisan
2) menulis pemikiran yang telah disampaikan inilah yang dikatakan pemikiran itu sangat bermakna.
          3) membaca perkara yang ditulis.
          4) membuat generasi berkenaan pola, ejaan, dan ayat yang ditulis.
5) menyatakan cara pemilihan dan penyusunan yang mempunyai kesan ke atas makna tersebut.
Namun begitu setiap pendekatan itu pasti ada kelebihan dan keburukkanya. Begitu juga dengan pendekatan ini. kelebihan yang dapat dilihat ialah akan mewujudkan satu perhubungan yang baik antara pelajar. Manakala kelemahan pula ialah, perkembangan mental pelajar kompleks.


·         3.       Pendekatan membaca individu
Pendekatan membaca individu pula ialah pemilihan bahan bacaan yang mengaitkan dengan keperluan, minat, dan keupayaan seseorang untuk membaca. Dalam pendekatan ini guru harus membantu sebaik mungkin dalam pemilihan bahan bacaan. Kebiasaannya guru akan menyarankan agar murid memilih bahan bacaan yang berbentuk majalah atau komik kerana bentuk bahan bacaan yang sebegini banyak mempengaruhi minat membaca seorang pelajar. Kelebihan pendekatan ini ialah dapat memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar, pelajar akan memperoleh pengetahuan yang luas, dapat mengembangkan kemahiran berbahasa, keupayaan mengingat semula bahan yang dibaca oleh pelajar. Melalui pendekatan ini boleh dilakukan perbincangan dalam kumpulan supaya dapat mewujudkan minat dan tidak membosankan dalam kalangan pelajar.

·         4.       Pendekatan Bahasa Bersepadu Berdasarkan Falsafah Bahasa Keseluruhan
Dalam pendekatan ini pula dapat membina linguistik dalam pelajar. Selain itu, pelajar juga dapat membaca dengan seronok di samping memperoleh maklumat yang lengkap. Namun begitu, dalam pendekatan ini juga guru harus memberikan bantuan sekirang pelajar tidak memahami maklumat yang diterima. Melalui pendekatan ini juga dapat menekankan makna dalam konteks pengalaman pelajar bagi memudahkan pemahaman membaca.

·        5.       Pendekatan membaca berasaskan bahan kesusasteraan
Dalam pendekatan ini seharusnya pelajar disarankan agar menggunakan gaya penceritaan berdasarkan bahan bacaan yang telah diterbitkan untuk kegunaan sekolah iaitu KOMSAS yang didalamnya terkandung banyak bahan bacaan yang perlu dibaca iaitu puisi, prosa, drama, dan sebagainya. Pendekatan ini dapat memupuk semangat keberanian murid untuk berada di hadapan kelas dan pelajar akan berasa lebih mudah dengan menjalankan pendekatan yang sebegini.

·       6.        Pendekatan pembacaan lisan
Pendekatan ini ialah menggunakan buku teks misalnya yang dibaca oleh guru atau pelajar untuk pelajar mendengar dan bercerita. Jadi pembacaan bahan itu akan terjadi secara berulang yang akan membuatkan pelajar mengingati banyak perkara dalam bahan bacaan.

·         7.      Abjad/ huruf
Kaedah yang biasa digunakan dan diamalkan sejak kanak-kanak bagi kanak-kanak akan dapat mengenali konsonan dan vokal. Selepas itu konsonan akan bergabung dengan vokal untuk membentuk suku kata yang kemudiannya akan membentukkan perkataan.

·        8.       Pandang dan sebut perkataan
Sangat popular dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Guru harus memperkenalkan beberapa perkataan kemudian diulang dengan menunjukkan gambar kerana gambar banyak membantu dalam meningkatkan daya ingatan seseorang dalam meransang pembacaan.

·        9.       Fonek/ bunyi
Kaedah ini sangat digemari oleh guru. Kaedah ini menekankan hubungan bunyi dengan huruf-huruf. Huruf-huruf tidak akan dieja tetapi dibunyikan. Sebagai contohnya,
          A disebut aa
          B disebut be
          T disebut ti

·         10.      Gabungan bunyi-kata (dari nama huruf dan bunyi perkataan)
Guru akan menunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Pelajar akan menyebut nama huruf tersebut. Seterusnya guru akan menyebut perkataan dan bunyi huruf. Berikutnya, guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf. Seterusnya pelajar mengulangi bunyi dan menyebut nama huruf, menulis sambil menyebut. Akhir sekali pelajar menulis huruf dengan mata yang tertutup untuk dapat merasakan huruf itu.

DEFINISI MEMBACA

Membaca banyak didefinisikan oleh pelbagai tokoh yang terkemuka dan tidak asing lagi yang sangat terkenal di mata dunia. Antarnya ialah Harris & Sippay, 1980 mendefiniskan mambaca itu ialah merupakan satu proses yang memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis. Harris & Sippay ini menegaskan lagi definisi mereka dengan menyatakan bahawa seseorang perlu mahir dalam pembacaan lambang-lambang yang bercetak yang bertujuan untuk memberi makna terhadap lambang-lambang tersebut menerusi pembacaan. Menurut definisi Harris & Sippay lagi ini dapat membuktikan seseorang itu ‘celik huruf’ atau ‘buta huruf’. Sehingga kini definisi membaca menurut Harris & Sippay diguna pakai. Hal ini kerana seseorang yang dapat membezakan antara lambang yang bertulis dalam sesuatu bentuk tulisan tertentu dan lambang yang bukan bertulis, iaitu dalam bentuk lukisan bagi mengungkapkan sesuatu objek atau konsep tertentu. Sebagai contohnya, jika kita dapat lihat menerusi aksara China, Korea, dan Jepun menggunakan sistem tulisan dengan lambang lukisan yang mewakili sesuatu objek atau konsep yang ingin disampaikan menerusi tulisan. Sehingga ke hari ini aksara negera seperti masih lagi menggunakan lambang dalam lukisan.

          Perlakuan membaca ialah mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis dengan tanggapan yang dibuat oleh pembaca (Smith & Johnson, 1980). Jadi untuk memudahkan lagi pemahaman tentang definisi membaca ini menurut Smith & Johnson, 1980 ini ialah salah satu proses komunikasi antara pembaca dengan penulis. Apa yang dikatakan ialah proses komunikasi ialah pembaca itu harus memahami apa yang ditulis oleh penulis terhadap bahan bacaan yang dibaca jadi secara tidak langsung wujud komunikasi dua hala walaupun penulis tidak wujud di hadapan penulis. Keupayaan membaca ini sama dengan keupayaan membuat tanggapan terhadap perkara ayau cerita yang dimaksudkan oleh penulis kerana jika seseorang itu berjaya mempunyai keupayaan terhadap membaca maka pembaca itu sudah mencapai tahap yang tinggi dalam pembacaan. Pembaca juga harus memberi makna terhadap apa yang apa yang telah dibaca yang dianggap sangat penting kerana untuk mengetahui sama ada seseorang itu mahir dalam membaca atau tidak mahir kerana jika seseorang masih lagi tidak dapat memberikan makna terhadap bahan yang dibaca maka masih lagi dianggap belum tahu membaca secara keseluruhan. Mungkin dalam kalangan kita boleh membaca tapi tidak ramai yang dapat memberi makna terhadap bahan yang dibaca. Sebagai contohnya, kanak-kanak ada dalam kalangan mereka yang pandai membaca tetapi belum tentu dapat memberikan makna terhadap bahan yang dibaca oleh beliau. Begitulah juga mengikut definsi iaitu seseorang yang tahu membaca tetapi tidak dapat memberikan makna terhadap bahan tersebut.

          Goodman, 1973 pula memberi definisi berbeza daripada definisi Harris & Sippay dan Smith & Johnson. Membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang berlaku (Goodman, 1973). Goodman telah menjalankan satu kajian terhadap kebolehan bacaan iaitu beliau telah mengkaji sejauh mana bahan bacaan yang dapat dibaca oleh pelajar-pelajar. Menurut Goodman lagi membaca ini merupakan satu permainan teka-teki iaituu pembaca seolah-olah berteka-teki dengan bahan bacaan. Sebagai contohnya, pembaca tidak dapat mengetahui dengan lengkap ungkapan yang terdapat dalam bahan bacaan iaitu perkataan ‘house’ terdapat dalam bahan bacaan yang dibaca akan tetapi pembaca juga menemui perkataan ‘horse’ dalam bahan bacaan yang lain kedua-dua perkataan ini hampir sama bunyi yang menyebabkan pembaca berteka-teki terhadap maksud perkataan ini yang hampir sama bunyi penyebutannya akan tetapi mempunyai maksud yang berlainan.

          Selain daripada tokoh-tokoh barat yang mendefinisikan membaca ini terdapat juga tokoh-tokoh tempatan yang memberikan definisi membaca ini. Salah seorang tokoh yang tidak asing lagi ialah Safiah Othman, 1991 yang mendefiniskan membaca hampir sama dengan Smith & Johnson, 1980. Safiah Othman mendefinisikan membaca ialah selagi seseorang itu tidak mempunyai pemahaman terhadap bahan bacaan, maka belum mencapai tahap boleh membaca lagi. Hal ini kerana pemberian makna terhadap bahan bacaan itu amat penting untuk mencerminkan seseorang itu mempunyai keupayaan membaca atau berkemahiran dalam membaca. Tambah Safiah Othman lagi jika seseorang itu mempunyai masalah pembacaan selagi itu tidak mencapai tahap boleh membaca lagi. Ramai juga dalam kalangan masyarakat sekarang tidak kira kanak-kanak mahupun golongan dewasa yang pandai membaca atau boleh membaca tetapi tidak memahami makna atau maksud yang tersirat terhadap bahan bacaan itu dikira masih lagi belum mencapai tahap boleh membaca.

          Mahzan, 2003 pula menegaskan bahawa membaca ialah proses membina jambatan antara yang terdapat dipermukaan bertulis dengan apa yang terdapat diminda pembaca. Mahzan memberikan definisi seperti ini berdasarkan satu teori iaitu Teori Skema yang menyatakan bahawa seseorang yang hidup itu akan dapat mengumpul banyak maklmumat di dalam mindanya berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui dalam hidupnya. Pengalam latar yang diperoleh oleh seseorang ini akan kekal dalam mindanya dan akan dipergunakan bagi memperkayakan lagi pengalaman yang baru. Hal ini bermaksud semakin banyak pengalaman latar yang telah dikumpulkan oleh seseorang maka semakin kaya mindanya. Kita juga pernah dengar ungkapan bahawa belajarlah daripada pengalaman yang pernah dilalui. Seperti pepatah melayu ada menyebut bahawa semakin jauh perjalanan, semakin luas pengalaman. Perjalanan yang dimaksudkan di sini ialah bukannya seseorang itu harus merantau jauh untuk mendapatkan pengalaman tetapi banyak melalui pengalaman dalam hidupnya dan pengalaman ini merupakan sesuatu pengajaran yang terbaik dalam hidup manusia. Sebagai contohnya, kita pernah jatuh dalam lubang dan ini telah membuatkan satu peristiwa yang agak malu dalam hidup kita menyebabkan kita sentiasa mengingati peristiwa ini jadi pengalaman ini sudah mengajar kita supaye berhati-hati apabila berjalan dan setiap kali terjumpa lubang kita akan ingat kepada perkara yang sama.


 PEMILIHAN BAHAN BACAAN
Dalam proses pembelajaran yang berkesan, pemilihan bahan bacaan yang sesuai sangat penting. Hal ini demikian kerana pemilihan bahan bacaan mampu membina kekuatan jati diri seseorang. Oleh yang demikian, saya percaya bahawa bahan bacaan ilmiah seperti buku, majalah dan surat khabar berpotensi memberi pengaruh yang baik kepada akhlak dan jati diri pembaca. Sebagai contoh, sekiranya seseorang individu sering membaca bahan yang berbentuk motivasi, secara tidak langsung mereka akan cenderung untuk memotivasikan diri dalam melakukan sesuatu perkara. Pemilihan bahan bacaan yang baik boleh dilihat dari pelbagai aspek. Antaranya ialah faktor tulisan yang jelas, faktor ilustrasi dan warna, faktor perbendaharaan kata, dan faktor ayat.

Ø  Faktor Tulisan yang Jelas.
          Faktor tulisan yang jelas merujuk kepada aspek reka bentuk sesuatu tulisan. Faktor ini mengambil kira pelbagai aspek seperti jenis saiz tulisan, jenis fon, jarak antara huruf, jarak antara baris, saiz muka surat, ketebalan cetakan tulisan, ketebalan kertas dan sebagainya. Kesemua aspek ini sememangnya dapat mempengaruhi kebolehbacaan bahan. Jenis dan saiz fon yang berbeza diperlukan untuk kategori pembaca yang berbeza. Pengaruh saiz tulisan dan pengaruh jenis tulisan ini dapat dilihat dalam contoh di bawah.

Wanita itu sangat cantik.
Wanita itu sangat cantik.

Ø  Faktor Ilustrasi dan Warna.
          Faktor ini turut membantu meningkatkan atau mengurangkan minat pembaca kepada sesuatu teks bergantung pada persembahan dan penggunaannya dalam bahan bacaan. Kajian membuktikan kanak-kanak amat meminati bahan bacaan yang banyak mengandungi ilustrasi. Keadaan ini secara tidak langsung memudahkan lagi mereka membaca bahan tersebut kerana  terdapatnya faktor minat itu dalam diri mereka. Kajian yang dilakukan oleh Andrews & Scharff, (2002) menunjukkan bahawa pelajar prasekolah lebih meminati bahan bacaan yang bergambar terang dan realistik berbanding buku-buku yang mengandungi gambar-gambar terang dan abstrak, suram dan realistik, serta suram dan abstrak. Kajian ini telah membuktikan bahawa jenis ilustrasi yang digunakan dalam bahan bacaan memberi kesan kepada pembacanya.
       Selain itu, ilustrasi juga boleh membantu meningkatkan kefahaman pembaca terhadap konsep seperti ilustrasi yang terdapat dalam buku-buku sains. Namun demikian, penggunaan ilustrasi ini juga mempunyai kelemahan disebaliknya. Ia boleh menyebabkan pembaca malas membaca dan hanya merujuk kepada ilustrasi untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Hal ini juga boleh menyebabkan pembaca mendapat fakta yang tidak tepat dan kehilangan fakta penting sekiranya hanya berdasarkan ilustrasi. Penggunaan warna turut mempengaruhi kebolehbacaan sesuatu bahan untuk meningkatkan minat pembaca terhadap bahan bacaan. Penggunaan dakwat warna selain daripada warna hitam dan penggunaan kertas lain daripada warna putih boleh mengurangkan kejelasan bahan bacaan. Kajian telah menunjukkan penggunaan dakwat warna hitam, biru, dan hijau adalah lebih jelas dan mudah dibaca.

Ø  Faktor Perbendaharaan Kata
       Perbendaharaan kata adalah faktor yang paling penting dalam menentukan tahap kesukaran bahan bacaan. Kajian oleh Harrison, (1980) telah membuktikan bahawa perbendaharaan kata adalah faktor yang paling meyakinkan untuk meramal kesukaran teks. Terdapat dua cara yang yang biasa digunakan untuk mengukur kesukaran teks melalui faktor ini iaitu dengan mengukur panjang perkataan dan kekerapan perkataan. Panjang perkataan dikira dengan cara mengira suku kata atau jumlah huruf dalam perkataan tersebut. Manakala kekerapan perkataan dikira dengan cara melihat berapa kerap sesuatu perkataan digunakan. Perkataan yang panjang selalunya ialah perkataan yang jarang digunakan manakala perkataan yang kerap digunakan merupakan perkataan yang mudah kerana mudah dikenali dan difahami.

Ø  Faktor Ayat.
          Jika struktur ayat adalah kompleks, pemahaman terhadap petikan akan menjadi sedikit sukar. Kajian menunjukkan penggunaan perkataan penerangan yang berlebihan seperti perkataan lebih suka, lebih kurang, sedikit, dan beberapa, menyebabkan  kefahaman teks menurun. Manakala, penggunaan perkataan kemungkinan seperti mungkin, selalunya, boleh jadi, dan kadang kala boleh menyebabkan kekaburan dan ketidakjelasan teks yang dibaca. Kesukaran ayat boleh dikategorikan kepada lima iaitu pertama ialah kata kerja berbanding kata kerja pasif. Kedua, proses pembentukan kata nama. Ketiga, kata kerja bantu. Keempat, bilangan klausa dalam ayat dan yang kelima ialah pemahaman dan penggantian.

Ø  Faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Membaca
1)    Pembaca itu sendiri.
·         Tahap kecerdasan diri.
·         Tahap tumpuan.
·         Tahap kebolehan mengingat sesuatu.
2)   Faktor psikologi.
·         Berkaitan dengan minat dan motivasi pembaca.
3)   Faktor fizikal.
·         Berkait rapat dengan kebolehfungsian deria seseorang pembaca.
4)   Faktor persekitaran.
·         Peranan ibu bapa.
·         Peranan sekolah.
·         Peranan komuniti.
·         Peranan budaya.

Ahad, 4 Mei 2014

MASALAH DALAM MEMBACA

Secara umumnya, murid-murid yang langsung tidak boleh membaca adalah disebabkan masalah susah membaca, tidak mahir membaca, dan tidak suka membaca. Antara faktor yang menyebabkan wujudnya masalah dalam membaca adalah disebabkan faktor berikut:



( Faktor Fizikal)
*      Kesempurnaan fizikal (kesihatan)
·         Murid yang mempunyai kesempurnaan fizikal yang kurang baik tidak akan dapat memberikan tumpuan semasa guru sedang mengajar dan kerap tidak hadir ke sekolah kerana tidak sihat.
·         Faktor ini juga disebabkan oleh faktor pemakanan yang tidak sihat.

*      Kesempurnaan pancaindera (kecacatan)
·         Kesempurnaan mata, telinga dan mulut membolehkan murid menggunakan deria tersebut untuk memberikan tindak balas yang baik terhadap maklumat yang diterima.
·         Jika proses penglihatan dan pendengaran tidak dapat berfungsi dengan baik, tahap awal proses membaca akan menghadapi kegagalan.
·         Selain itu, seseorang yang menghadapi kecelaruan otak akan menghadapi masalah dalam pembelajaran terutama sekali dari segi pembacaan.

(Faktor Persekitaran)
*      Pembentukan bahasa
Ø  Penguasaan bahasa yang baik menjadikan pelajar berkeupayaan tinggi untuk membaca. Perbendaharaan kata yang luas dan pelbagai menjadi asas dalam keupayaan membaca untuk mencari makna. Bacaan yang luas menambah keupayaan bebahasa dan meningkatkan lagi kemahiran membaca.

*      Amalan sekolah
Ø  Pentadbiran dan sukatan pelajaran di sekolah amat mempengaruhi keupayaan membaca murid-murid.
Ø  Keutamaan pembelajaran di sekolah tertumpu kepada peperiksaan semata-mata dan guru pula hanya  memberikan perhatian kepada pelajar yang pandai sahaja. Pelajar yang lemah kurang diberi perhatian menyebabkan mereka sentiasa ketinggalan dalam pelajaran.

*      Faktor keluarga

Ø  Jika sesebuah keluarga mengamalkan budaya membaca, sudah tentu setiap ahli keluarga tersebut tidak mengalami kesulitan untuk membaca. Berbeza dengan keluarga yang kurang atau tidak menghiraukan aktiviti membaca. Kemungkinan besar anak-anak malas membaca dan tidak mustahil juga mereka akan menghadapi masalah ketika membaca.
   
      Masalah lain yang timbul dalam bacaan:


TEORI DAN PROSES MEMBACA

Membaca merupakan satu proses membina jambatan antara maklumat yang terdapat pada permukaan bertulis dengan maklumat yang terkandung dalam pemikiran pembaca. Proses membaca hanya diketahui selepas 3 suku abad yang lalu. Pelbagai teori telah ditemui pada sekitar awal abad ke-20, khususnya dalam bidang pendidikan yang berkaitan dengan proses membaca dan menguasai maklumat satu proses kognitif, iitu satu proses yang menggunakan minda bagi mendapat makna dari bahan yang bercetak. Pembaca ialah seorang penyelesai masalah aktif yang cuba mengenalpasti bentuk huruf, ilustrasi, format dan bentuk teks yang dibaca (pada peringkat visual atau peringkat dekoding). Di samping itu mereka cuba mengaitkan antara huruf dan bunyi (fonologi), dan mencari serta mengkaji struktur teks berdasarkan pengalaman bahasa mereka (sintaks). Akhir sekali mereka akan cuba mencari makna di sebalik permukaan bercetak berlandaskan pengalaman latar atau skema yang mereka punyai (semantik). Seseorang yang membaca akan menggunakaan tiga sistem kiu sama ada secara  “bottom-up” ataupun “top-down”. Tiga sistem kiu tersebut ialah:
• Kiu grafik – huruf-huruf yang tertulis
• Kiu sintaktik – struktur bahasa
• Kiu semantik – makna

       Terdapat beberapa teori proses membaca yang dapat dilihat di sini. Antaranya ialah:
1. Teori Ahli Sains Kognitif
v  Kajian berkaitan minda dan kecerdikan manusia.
v Ia merangkumi bdiangh falsafah, psikologi, kepintaran artifical, sains saraf (neuroscience), linguistik dan antropologi.
v  Semua bidang ini digabungkan bagi mengetahui bagaimana manusia memperoleh kecerdikan menerusi fungsi otak.

2. Teori Psikologi
v  Teori behaviourisme, iaitu proses pembentukan tabiat atau kebiasaan melalui hubungan antara rangsangan dengan tindak balas.
v  Model ini boleh diaplikasikan kepada penguasaan kemahiran membaca dan mendapatkan makna daripada perkataan atau frasa yang telah dibaca. Teori ini juga menyatakan bahawa kemahiran membaca akan bertambah baik sekiranya proses membaca tersebut dibuat secara berulang-kali.

3. Teori Linguistik
v  Teori bahasa yang menyatakan bahawa kanak-kanak menggunakan kebolehan berbahasa sejak daripada lahir untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih daripada persekitarannya.
v  Membaca merupakan proses psikolinguistik yang memperlihatkan makna pembacaan dapat diperoleh melalui media linguistik.
v  Membaca adalah proses untuk mendapatkan makna pada tahap yang lebih mendalam dan bukan hanya terhad kepada proses menyusun huruf sehingga menjadi perkataan atau rangkai kata kepada ayat.

Terdapat beberapa proses yang perlu dilalui dalam proses membaca. Antaranya ialah:
1. Proses mengenal simbol
Ø  Pancaindera penglihatan adalah penting dalam proses mengenal huruf sebagai    simbol ketika aktiviti membaca dijalankan.
Ø  Penulis mempunyai idea, maklumat, pesanan atau pengajaran yang ingin  disampaikan menerusi simbol bertulis.
Ø  Idea ini ditukarkan kepada bentuk simbol huruf atau dikenali sebagai proses mengenkod .

2. Proses memecahkan kod
Ø  Proses memecah kod atau mendekod ini berlaku apabila pembaca dapat mengenal pasti jenis simbol yang dicatat pada permukaan bertulis, sama ada bentuk huruf, format penulisan, dan bahasa yang digunakan. Sekiranya pembaca tidak dapat memecah kod ini, maka aktiviti membaca akan terhenti dan pembaca tidak dapat meneruskan langkah seterusnya.

3. Proses transisi
Ø  Proses ini merupakan proses transisi antara pemikiran penulis dengan pemikiran pembaca. (Interaksi antara penulis dan pembaca).
Ø Penulis tidak menetapkan makna bagi bahan yang dihasilkannya,tetapi meletakkan tanggungjawab mencari makna kepada pembaca.
Ø  Terpulang kepada pembaca untuk membuat tafsiran terhadap bahan yang dibacanya.
Ø  Pembaca yang aktif ialah pembaca yang dapat memberikan respons kepada bahan yang dihasilkan penulis berlandaskan keperluan pembaca.
Ø  Pembaca membaca dengan pelbagai tujuan dan fungsi.
ØRosenblatt memperkenalkan konsep eferen dan estetik dalam membaca. Konsep ini sangat penting bagi menentukan fungsi membaca.


Model dalam Pengajaran Membaca

Proses “Bottom-up”
          Proses membaca boleh dikaitkan dengan proses memperolehi maklumat dan manfaat daripada bahan yang dibaca. Terdapat dua cara proses ini boleh berlaku, iaitu pertama sekali adalah dengan mengenalpasti terlebih dahulu huruf-huruf yang terdapat di permukaan bertulis, sama ada huruf tersebut dalam bentuk ortografi yang paling banyak digunakan oleh pelbagai bahasa di dunia masa kini seperti bentuk huruf roman (tulisan rumi) dan bentuk huruf arab (tulisan jawi). Huruf-huruf ini kemudiannya digabungkan dalam satu sistem ejaan yang digunakan dalam sesuatu bahasa. Sebagai contohnya dalam bahasa Melayu, huruf-huruf roman ini disusun atur dalam satu sistem ejaan yang berstruktur sehingga dapat mewakili bunyi-bunyi perkataan dalam bahasa ini. Dari kumpulan perkataan ini, pembaca akan terus memperoleh makna daripada ayat yang terbentuk dari kumpulan perkataan tersebut. Dari ayat terbina pula perenggan yang memberikan maksud secara berwacana kepada pembaca. Proses ini menjadi lengkap apabila pembaca memperoleh maklumat yang lengkap daripada bahan yang dibacanya. Rajah di bawah menunjukkan bagaimana proses membaca menggunakan model ‘Bottom-up’.


Proses “Top-down”
          Proses kedua ialah proses ‘Top-down’. Bagi melaksanakan proses ini, Pembaca hanya perlu memahami bahan bacaannya secara keseluruhan terlebih dahulu. Setelah memahami maksud petikan secara keseluruhan, barulah pembaca membuat perincian maksud perenggan yang berbeza dan kemudiannya mencerakinkan ayat-ayat yang terdapat pada setiap perenggan sekiranya perlu. Mendapatkan maklumat secara menyeluruh adalah diutamakan dalam proses ini. Kaitan model ‘Top-down’ dengan proses pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan teori Pembelajaran Linguistik. Teori ini menegaskan bahawa makna tidak terdapat pada teks, tetapi terdapat dalam diri pembaca. Maksud petikan secara keseluruhan adalah lebih utama daripada perkataan yang dipaparkan dalam bahan bacaan. Membaca melibatkan kiu bahasa iaitu grafonik, sintaksis dan semantik. Teori ini juga berpendapat bunyi atau fonik setiap patah perkataan tidak perlu dikuasai secara terperinci kerana membaca adalah satu proses membina makna dan bukan sebutan semata-mata.