PEMILIHAN BAHAN BACAAN
Dalam proses
pembelajaran yang berkesan, pemilihan bahan bacaan yang sesuai sangat penting.
Hal ini demikian kerana pemilihan bahan bacaan mampu membina kekuatan jati diri
seseorang. Oleh yang demikian, saya percaya bahawa bahan bacaan ilmiah seperti
buku, majalah dan surat khabar berpotensi memberi pengaruh yang baik kepada
akhlak dan jati diri pembaca. Sebagai contoh, sekiranya seseorang individu
sering membaca bahan yang berbentuk motivasi, secara tidak langsung mereka akan
cenderung untuk memotivasikan diri dalam melakukan sesuatu perkara. Pemilihan
bahan bacaan yang baik boleh dilihat dari pelbagai aspek. Antaranya ialah
faktor tulisan yang jelas, faktor ilustrasi dan warna, faktor perbendaharaan
kata, dan faktor ayat.
Ø Faktor Tulisan yang
Jelas.
Faktor tulisan yang jelas merujuk
kepada aspek reka bentuk sesuatu tulisan. Faktor ini mengambil kira pelbagai
aspek seperti jenis saiz tulisan, jenis fon, jarak antara huruf, jarak antara
baris, saiz muka surat, ketebalan cetakan tulisan, ketebalan kertas dan
sebagainya. Kesemua aspek ini sememangnya dapat mempengaruhi kebolehbacaan
bahan. Jenis dan saiz fon yang berbeza diperlukan untuk kategori pembaca yang
berbeza. Pengaruh saiz tulisan dan pengaruh jenis tulisan ini dapat dilihat
dalam contoh di bawah.
Wanita
itu sangat cantik.
Wanita
itu sangat cantik.
Ø Faktor Ilustrasi dan
Warna.
Faktor ini turut membantu meningkatkan atau mengurangkan
minat pembaca kepada sesuatu teks bergantung pada persembahan dan penggunaannya
dalam bahan bacaan. Kajian membuktikan kanak-kanak amat meminati bahan bacaan
yang banyak mengandungi ilustrasi. Keadaan ini secara tidak langsung memudahkan
lagi mereka membaca bahan tersebut kerana
terdapatnya faktor minat itu dalam diri mereka. Kajian yang dilakukan
oleh Andrews & Scharff, (2002) menunjukkan bahawa pelajar prasekolah lebih
meminati bahan bacaan yang bergambar terang dan realistik berbanding buku-buku
yang mengandungi gambar-gambar terang dan abstrak, suram dan realistik, serta
suram dan abstrak. Kajian ini telah membuktikan bahawa jenis ilustrasi yang
digunakan dalam bahan bacaan memberi kesan kepada pembacanya.
Selain itu, ilustrasi juga boleh membantu meningkatkan
kefahaman pembaca terhadap konsep seperti ilustrasi yang terdapat dalam
buku-buku sains. Namun demikian, penggunaan ilustrasi ini juga mempunyai
kelemahan disebaliknya. Ia boleh menyebabkan pembaca malas membaca dan hanya
merujuk kepada ilustrasi untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Hal ini juga boleh
menyebabkan pembaca mendapat fakta yang tidak tepat dan kehilangan fakta penting
sekiranya hanya berdasarkan ilustrasi. Penggunaan warna turut mempengaruhi
kebolehbacaan sesuatu bahan untuk meningkatkan minat pembaca terhadap bahan
bacaan. Penggunaan dakwat warna selain daripada warna hitam dan penggunaan
kertas lain daripada warna putih boleh mengurangkan kejelasan bahan bacaan.
Kajian telah menunjukkan penggunaan dakwat warna hitam, biru, dan hijau adalah
lebih jelas dan mudah dibaca.
Ø Faktor Perbendaharaan
Kata
Perbendaharaan kata adalah faktor yang paling penting dalam
menentukan tahap kesukaran bahan bacaan. Kajian oleh Harrison, (1980) telah
membuktikan bahawa perbendaharaan kata adalah faktor yang paling meyakinkan
untuk meramal kesukaran teks. Terdapat dua cara yang yang biasa digunakan untuk
mengukur kesukaran teks melalui faktor ini iaitu dengan mengukur panjang
perkataan dan kekerapan perkataan. Panjang perkataan dikira dengan cara mengira
suku kata atau jumlah huruf dalam perkataan tersebut. Manakala kekerapan
perkataan dikira dengan cara melihat berapa kerap sesuatu perkataan digunakan. Perkataan
yang panjang selalunya ialah perkataan yang jarang digunakan manakala perkataan
yang kerap digunakan merupakan perkataan yang mudah kerana mudah dikenali dan
difahami.
Ø Faktor Ayat.
Jika struktur ayat adalah kompleks, pemahaman terhadap
petikan akan menjadi sedikit sukar. Kajian menunjukkan penggunaan perkataan
penerangan yang berlebihan seperti perkataan lebih suka, lebih kurang, sedikit,
dan beberapa, menyebabkan kefahaman teks
menurun. Manakala, penggunaan perkataan kemungkinan seperti mungkin, selalunya,
boleh jadi, dan kadang kala boleh menyebabkan kekaburan dan ketidakjelasan teks
yang dibaca. Kesukaran ayat boleh dikategorikan kepada lima iaitu pertama ialah
kata kerja berbanding kata kerja pasif. Kedua, proses pembentukan kata nama.
Ketiga, kata kerja bantu. Keempat, bilangan klausa dalam ayat dan yang kelima
ialah pemahaman dan penggantian.
Ø Faktor yang
Mempengaruhi Kebolehan Membaca
1)
Pembaca
itu sendiri.
·
Tahap
kecerdasan diri.
·
Tahap
tumpuan.
·
Tahap
kebolehan mengingat sesuatu.
2)
Faktor
psikologi.
·
Berkaitan
dengan minat dan motivasi pembaca.
3)
Faktor
fizikal.
·
Berkait
rapat dengan kebolehfungsian deria seseorang pembaca.
4)
Faktor
persekitaran.
·
Peranan
ibu bapa.
·
Peranan
sekolah.
·
Peranan
komuniti.
·
Peranan
budaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan