DEFINISI
MEMBACA
Membaca banyak didefinisikan oleh
pelbagai tokoh yang terkemuka dan tidak asing lagi yang sangat terkenal di mata
dunia. Antarnya ialah Harris & Sippay, 1980 mendefiniskan mambaca itu ialah
merupakan satu proses yang memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas
lambang-lambang bercetak dan bertulis. Harris & Sippay ini menegaskan lagi
definisi mereka dengan menyatakan bahawa seseorang perlu mahir dalam pembacaan
lambang-lambang yang bercetak yang bertujuan untuk memberi makna terhadap
lambang-lambang tersebut menerusi pembacaan. Menurut definisi Harris &
Sippay lagi ini dapat membuktikan seseorang itu ‘celik huruf’ atau ‘buta
huruf’. Sehingga kini definisi membaca menurut Harris & Sippay diguna
pakai. Hal ini kerana seseorang yang dapat membezakan antara lambang yang
bertulis dalam sesuatu bentuk tulisan tertentu dan lambang yang bukan bertulis,
iaitu dalam bentuk lukisan bagi mengungkapkan sesuatu objek atau konsep
tertentu. Sebagai contohnya, jika kita dapat lihat menerusi aksara China,
Korea, dan Jepun menggunakan sistem tulisan dengan lambang lukisan yang
mewakili sesuatu objek atau konsep yang ingin disampaikan menerusi tulisan.
Sehingga ke hari ini aksara negera seperti masih lagi menggunakan lambang dalam
lukisan.
Perlakuan
membaca ialah mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis dengan
tanggapan yang dibuat oleh pembaca (Smith & Johnson, 1980). Jadi untuk
memudahkan lagi pemahaman tentang definisi membaca ini menurut Smith &
Johnson, 1980 ini ialah salah satu proses komunikasi antara pembaca dengan
penulis. Apa yang dikatakan ialah proses komunikasi ialah pembaca itu harus
memahami apa yang ditulis oleh penulis terhadap bahan bacaan yang dibaca jadi
secara tidak langsung wujud komunikasi dua hala walaupun penulis tidak wujud di
hadapan penulis. Keupayaan membaca ini sama dengan keupayaan membuat tanggapan
terhadap perkara ayau cerita yang dimaksudkan oleh penulis kerana jika
seseorang itu berjaya mempunyai keupayaan terhadap membaca maka pembaca itu
sudah mencapai tahap yang tinggi dalam pembacaan. Pembaca juga harus memberi
makna terhadap apa yang apa yang telah dibaca yang dianggap sangat penting
kerana untuk mengetahui sama ada seseorang itu mahir dalam membaca atau tidak
mahir kerana jika seseorang masih lagi tidak dapat memberikan makna terhadap
bahan yang dibaca maka masih lagi dianggap belum tahu membaca secara
keseluruhan. Mungkin dalam kalangan kita boleh membaca tapi tidak ramai yang
dapat memberi makna terhadap bahan yang dibaca. Sebagai contohnya, kanak-kanak
ada dalam kalangan mereka yang pandai membaca tetapi belum tentu dapat
memberikan makna terhadap bahan yang dibaca oleh beliau. Begitulah juga
mengikut definsi iaitu seseorang yang tahu membaca tetapi tidak dapat
memberikan makna terhadap bahan tersebut.
Goodman,
1973 pula memberi definisi berbeza daripada definisi Harris & Sippay dan
Smith & Johnson. Membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula
daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca
sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang berlaku (Goodman,
1973). Goodman telah menjalankan satu kajian terhadap kebolehan bacaan iaitu
beliau telah mengkaji sejauh mana bahan bacaan yang dapat dibaca oleh
pelajar-pelajar. Menurut Goodman lagi membaca ini merupakan satu permainan
teka-teki iaituu pembaca seolah-olah berteka-teki dengan bahan bacaan. Sebagai
contohnya, pembaca tidak dapat mengetahui dengan lengkap ungkapan yang terdapat
dalam bahan bacaan iaitu perkataan ‘house’ terdapat dalam bahan bacaan yang
dibaca akan tetapi pembaca juga menemui perkataan ‘horse’ dalam bahan bacaan
yang lain kedua-dua perkataan ini hampir sama bunyi yang menyebabkan pembaca
berteka-teki terhadap maksud perkataan ini yang hampir sama bunyi penyebutannya
akan tetapi mempunyai maksud yang berlainan.
Selain
daripada tokoh-tokoh barat yang mendefinisikan membaca ini terdapat juga
tokoh-tokoh tempatan yang memberikan definisi membaca ini. Salah seorang tokoh
yang tidak asing lagi ialah Safiah Othman, 1991 yang mendefiniskan membaca
hampir sama dengan Smith & Johnson, 1980. Safiah Othman mendefinisikan
membaca ialah selagi seseorang itu tidak mempunyai pemahaman terhadap bahan
bacaan, maka belum mencapai tahap boleh membaca lagi. Hal ini kerana pemberian
makna terhadap bahan bacaan itu amat penting untuk mencerminkan seseorang itu
mempunyai keupayaan membaca atau berkemahiran dalam membaca. Tambah Safiah
Othman lagi jika seseorang itu mempunyai masalah pembacaan selagi itu tidak
mencapai tahap boleh membaca lagi. Ramai juga dalam kalangan masyarakat
sekarang tidak kira kanak-kanak mahupun golongan dewasa yang pandai membaca
atau boleh membaca tetapi tidak memahami makna atau maksud yang tersirat
terhadap bahan bacaan itu dikira masih lagi belum mencapai tahap boleh membaca.
Mahzan,
2003 pula menegaskan bahawa membaca ialah proses membina jambatan antara yang
terdapat dipermukaan bertulis dengan apa yang terdapat diminda pembaca. Mahzan
memberikan definisi seperti ini berdasarkan satu teori iaitu Teori Skema yang
menyatakan bahawa seseorang yang hidup itu akan dapat mengumpul banyak
maklmumat di dalam mindanya berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui dalam
hidupnya. Pengalam latar yang diperoleh oleh seseorang ini akan kekal dalam
mindanya dan akan dipergunakan bagi memperkayakan lagi pengalaman yang baru.
Hal ini bermaksud semakin banyak pengalaman latar yang telah dikumpulkan oleh
seseorang maka semakin kaya mindanya. Kita juga pernah dengar ungkapan bahawa belajarlah
daripada pengalaman yang pernah dilalui. Seperti pepatah melayu ada menyebut
bahawa semakin jauh perjalanan, semakin luas pengalaman. Perjalanan yang
dimaksudkan di sini ialah bukannya seseorang itu harus merantau jauh untuk
mendapatkan pengalaman tetapi banyak melalui pengalaman dalam hidupnya dan
pengalaman ini merupakan sesuatu pengajaran yang terbaik dalam hidup manusia.
Sebagai contohnya, kita pernah jatuh dalam lubang dan ini telah membuatkan satu
peristiwa yang agak malu dalam hidup kita menyebabkan kita sentiasa mengingati
peristiwa ini jadi pengalaman ini sudah mengajar kita supaye berhati-hati
apabila berjalan dan setiap kali terjumpa lubang kita akan ingat kepada perkara
yang sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan