TEORI DAN PROSES MEMBACA
Membaca
merupakan satu proses membina jambatan antara maklumat yang terdapat pada
permukaan bertulis dengan maklumat yang terkandung dalam pemikiran pembaca. Proses
membaca hanya diketahui selepas 3 suku abad yang lalu. Pelbagai teori telah
ditemui pada sekitar awal abad ke-20, khususnya dalam bidang pendidikan yang berkaitan
dengan proses membaca dan menguasai maklumat satu
proses kognitif, iitu satu proses yang menggunakan minda bagi mendapat makna
dari bahan yang bercetak. Pembaca ialah seorang penyelesai masalah aktif yang
cuba mengenalpasti bentuk huruf, ilustrasi, format dan bentuk teks yang dibaca
(pada peringkat visual atau peringkat dekoding). Di samping itu mereka cuba
mengaitkan antara huruf dan bunyi (fonologi), dan mencari serta mengkaji
struktur teks berdasarkan pengalaman bahasa mereka (sintaks). Akhir sekali
mereka akan cuba mencari makna di sebalik permukaan bercetak berlandaskan
pengalaman latar atau skema yang mereka punyai (semantik). Seseorang yang
membaca akan menggunakaan tiga sistem kiu sama ada secara “bottom-up” ataupun “top-down”. Tiga sistem
kiu tersebut ialah:
• Kiu grafik – huruf-huruf yang tertulis
• Kiu sintaktik – struktur bahasa
• Kiu semantik – makna
Terdapat beberapa teori proses membaca
yang dapat dilihat di sini. Antaranya ialah:
1. Teori
Ahli Sains Kognitif
v Kajian berkaitan minda dan kecerdikan manusia.
v Ia merangkumi bdiangh falsafah, psikologi, kepintaran
artifical, sains saraf (neuroscience), linguistik dan antropologi.
v Semua bidang ini digabungkan bagi mengetahui bagaimana manusia
memperoleh kecerdikan menerusi fungsi otak.
2. Teori
Psikologi
v Teori behaviourisme, iaitu proses pembentukan tabiat atau
kebiasaan melalui hubungan antara rangsangan dengan tindak balas.
v Model ini boleh diaplikasikan kepada penguasaan kemahiran
membaca dan mendapatkan makna daripada perkataan atau frasa yang telah dibaca.
Teori ini juga menyatakan bahawa kemahiran membaca akan bertambah baik
sekiranya proses membaca tersebut dibuat secara berulang-kali.
3. Teori
Linguistik
v Teori bahasa yang menyatakan bahawa kanak-kanak menggunakan
kebolehan berbahasa sejak daripada lahir untuk mendapatkan pengetahuan yang
lebih daripada persekitarannya.
v Membaca merupakan proses psikolinguistik yang memperlihatkan
makna pembacaan dapat diperoleh melalui media linguistik.
v Membaca adalah proses untuk mendapatkan makna pada tahap yang
lebih mendalam dan bukan hanya terhad kepada proses menyusun huruf sehingga
menjadi perkataan atau rangkai kata kepada ayat.
Terdapat beberapa proses yang perlu
dilalui dalam proses membaca. Antaranya ialah:
1.
Proses mengenal simbol
Ø Pancaindera penglihatan adalah penting dalam proses mengenal
huruf sebagai simbol ketika aktiviti
membaca dijalankan.
Ø Penulis mempunyai idea, maklumat, pesanan atau pengajaran yang
ingin disampaikan menerusi simbol
bertulis.
Ø Idea ini ditukarkan kepada bentuk simbol huruf atau dikenali
sebagai proses mengenkod .
2. Proses
memecahkan kod
Ø Proses memecah kod atau mendekod ini berlaku apabila pembaca
dapat mengenal pasti jenis simbol yang dicatat pada permukaan bertulis, sama
ada bentuk huruf, format penulisan, dan bahasa yang digunakan. Sekiranya
pembaca tidak dapat memecah kod ini, maka aktiviti membaca akan terhenti dan
pembaca tidak dapat meneruskan langkah seterusnya.
3.
Proses transisi
Ø Proses ini merupakan proses transisi antara pemikiran penulis
dengan pemikiran pembaca. (Interaksi antara penulis dan pembaca).
Ø Penulis tidak menetapkan makna bagi bahan yang
dihasilkannya,tetapi meletakkan tanggungjawab mencari makna kepada pembaca.
Ø Terpulang kepada pembaca untuk membuat tafsiran terhadap bahan
yang dibacanya.
Ø Pembaca yang aktif ialah pembaca yang dapat memberikan respons
kepada bahan yang dihasilkan penulis berlandaskan keperluan pembaca.
Ø Pembaca membaca dengan pelbagai tujuan dan fungsi.
ØRosenblatt memperkenalkan konsep eferen dan estetik dalam
membaca. Konsep ini sangat penting bagi menentukan fungsi membaca.
Model dalam Pengajaran
Membaca
Proses “Bottom-up”
Proses membaca boleh dikaitkan dengan
proses memperolehi maklumat dan manfaat daripada bahan yang dibaca. Terdapat
dua cara proses ini boleh berlaku, iaitu pertama sekali adalah dengan mengenalpasti
terlebih dahulu huruf-huruf yang terdapat di permukaan bertulis, sama ada huruf
tersebut dalam bentuk ortografi yang paling banyak digunakan oleh pelbagai
bahasa di dunia masa kini seperti bentuk huruf roman (tulisan rumi) dan bentuk
huruf arab (tulisan jawi). Huruf-huruf ini kemudiannya digabungkan dalam satu
sistem ejaan yang digunakan dalam sesuatu bahasa. Sebagai contohnya dalam
bahasa Melayu, huruf-huruf roman ini disusun atur dalam satu sistem ejaan yang
berstruktur sehingga dapat mewakili bunyi-bunyi perkataan dalam bahasa ini.
Dari kumpulan perkataan ini, pembaca akan terus memperoleh makna daripada ayat
yang terbentuk dari kumpulan perkataan tersebut. Dari ayat terbina pula
perenggan yang memberikan maksud secara berwacana kepada pembaca. Proses ini
menjadi lengkap apabila pembaca memperoleh maklumat yang lengkap daripada bahan
yang dibacanya. Rajah di bawah menunjukkan bagaimana proses membaca menggunakan
model ‘Bottom-up’.
Proses “Top-down”
Proses kedua ialah proses ‘Top-down’.
Bagi melaksanakan proses ini, Pembaca hanya perlu memahami bahan bacaannya
secara keseluruhan terlebih dahulu. Setelah memahami maksud petikan secara
keseluruhan, barulah pembaca membuat perincian maksud perenggan yang berbeza
dan kemudiannya mencerakinkan ayat-ayat yang terdapat pada setiap perenggan
sekiranya perlu. Mendapatkan maklumat secara menyeluruh adalah diutamakan dalam
proses ini. Kaitan model ‘Top-down’ dengan proses pengajaran dan pembelajaran
adalah berasaskan teori Pembelajaran Linguistik. Teori ini menegaskan bahawa
makna tidak terdapat pada teks, tetapi terdapat dalam diri pembaca. Maksud
petikan secara keseluruhan adalah lebih utama daripada perkataan yang
dipaparkan dalam bahan bacaan. Membaca melibatkan kiu bahasa iaitu grafonik,
sintaksis dan semantik. Teori ini juga berpendapat bunyi atau fonik setiap
patah perkataan tidak perlu dikuasai secara terperinci kerana membaca adalah
satu proses membina makna dan bukan sebutan semata-mata.
Tahniah diucapkan kerana dah membina blog cantik ini, semoga berguna kepada sesiapa yang memerlukan maklumat tentang keterampilan membaca.
BalasPadamTerima kasih, Dr. Makmur. InsyaAllah, diharapkan blog ini bermanfaat untuk semua. Kami akan cuba untuk memperbaiki blog ini dari semasa ke semasa.
BalasPadamterima kasih andi dan dr.
BalasPadam